Monday, 9 May 2011

Sebaknya rasa hati.....

Assalamualaikum semua.....
Alamak, tak lama aje lagi, lebih kurang 3 hari lagi aku sekeluarga akan ke Mekah utk mengerjakan umrah. Semoga Allah terima kedatangan kami dan mengampunkan segala dosa2 kami......Itulah doaku sejak kebelakangan ini dan setiap kali aku berdoa, airmata terus bercucuran.....
Takut.....???
Memang laa...... Kalau tak caya, cuba tanya sesiapa yg nak kesana, mesti semua berperasaan yg sama. Apa tak nya...kita kesana masing2 membawa dosa2 yg banyak dan tujuan kita kesana juga adalah utk memohon pengampunan dr Allah........tapi jgn laa sampai perasaan takut kita mengatasi segala2nya. Kita hendaklah percaya bahawa Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang pd setiap umatnya.Dia juga maha pengampun....Jgn lupa itu semua....Mustahil Allah akan berlaku zalim pd hamba yg bakal menjadi tetamuNya....Insyaallah....

Kali ni pergi, aku bawa kesemua anak2ku, Alhamdulillah, ada sedikit rezeki yg Allah kurniakan, kami bercadang utk bawa mereka semua utk mengerjakan umrah. Kami tak pernah bawa mereka melancung ke luar negara bahkan ke kota singa tempat kelahiranku juga aku tak pernah bawa. Maklumlah, kami ni bukannya dr golongan yg mewah, sekadar cukup makan aje....Jadi, bila ada rezeki, kami pilih tempat yg terbaik dan paling berkat utk bawa mereka semua semoga apabila aku dan suami dah tak ada didunia ni nanti, sekurang2nya kami dah lakukan sesuatu yg terbaik dlm hidup kami......itulah yg kami harapkan.....

Harapan kami......
Supaya anak2 kami dan aku suami isteri hidup dlm penuh keberkatan...disihatkan tubuh badan serta dikurniakan rezeki yg halal....dosa yg diampunkan dan segala yg baik2 buat kami sekeluarga. Tidak lupa juga pada ibuku, saudaramara, sahabat handai serta umat islam yg masih bernyawa mahupun yg telah tiada termasuklah arwah ayah, kakak, ibu dan bapa mertuaku.....agar Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka....

Ya Allah, Kau terimalah kedatangan kami, Kau sampaikanlah hajat kami dan Kau permudahkanlah urusan kami, Kau sihatkanlah kami agar kami dpt mengerjakan ibadah sesempurna mungkin dan apa yg paling penting, Kau terimalah taubat dan amalan kami Ya Allah.......kasihanilah kami.........

No comments:

Post a Comment